About Me

My photo
pencinta sneakers tegar, tak ayu, tak cantik, comel itu haruslah.

Sunday 29 September 2013

Kerana Aku Juga Begitu

Ujian & dugaan. bukan datang untuk menyusahkan.
Tapi untuk mengajar manusia supaya lebih bersyukur.
Dan menghargai peluang yang bakal datang nanti.

Orang senang dapat rezeki, not RM1 pun disepah merata.Di pandang sebelah mata.
Orang yang rezeki kais pagi makan pagi, dapat RM1 bersyukur selalu, tadah tangan ucap Alhamdulillah.

Orang yang makanan melimpah ruah, dihulur biskut kering,dijuih bibir . Makanan berlebih jadi santapan tong sampah.
Orang tiada pilihan, dapat biskut kering tu pun dah rahmat besar. Bila ada makanan lain, tidak dibazir-bazir.

Kadang orang senang dapat keje, dah kerja tetap merungut dan malas berusaha. Sekadar keluar pagi, balik petang. asalkan namanya pergi kerja.
Orang bertahun menganggur, sekali diberi peluang kerja, kerjanya bersungguh, kutip segala ilmu dicurah. Kerana dia pernah merasa bagaimana penatnya menunggu diberi peluang.

Manusia ni,kadang kalau diberi terlalu banyak peluang,kita naik lemak.
Manusia. Normal.
Bila senang,lupa diri.lupa sekeliling.
Bila dah susah, baru terhegeh cari Tuhan.
Nah, Tuhan berikan sekali sekala ujian itu supaya manusia tak lupa diri.
Tak lupa diriNya.
Supaya kita tau Dia ada.
Memerhatikan kita.